
PERPUSTAKAAN UNIT PERANCANG EKONOMI NEGERI (UPEN)
Perpustakaan ini dibuka sebagai pusat sumber maklumat utama bagi menampung keperluan staf UPEN yang terlibat secara langsung dalam melaksanakan dasar-dasar dan strategi-strategi pembangunan dan menterjemahkannya dalam bentuk perancangan program-program dan projek-projek pembangunan bagi membangunkan dan meningkatkan ekonomi Negeri Sabah.
PERKHIDMATAN
Pengguna boleh menghubungi staf perpustakaan untuk mendapatkan perkhidmatan berikut:
KOLEKSI
Terdapat beberapa jenis koleksi perpustakaan UPEN
PINJAMAN
Terbuka kepada staf dan para pelatih yang membuat latihan praktikal di UPEN. Mereka perlu mendaftar sebagai ahli perpustakaan. Staf boleh meminjam:-
FUNGSI UPEN
1.Merangka dasar dan strategi untuk pembangunan sosio-ekonomi negeri;2.Menyediakan rancangan pembangunan jangka pendek, jangka sederhana dan jangka panjang;
3.Merancang peruntukan belanjawan bagi semua program/projek pembangunan;
4.Memantau dan menilai kemajuan serta pencapaian semua program dan projek pembangunan bagi memastikan program/projek mencapai matlamatnya;
5.Menasihati Kerajaan Negeri mengenai isu-isu ekonomi dan pembangunan;
6.Mengenalpasti dan menjalankan kajian dan penyelidikan ekonomi;
7.Merancang dan menyelaras program penswastaan serta menilai pencapaiannya;
8.Menyelaras penglibatan Sabah dalam Pembangunan Pertumbuhan Poligo BIMP-EAGA (Brunei-Indonesia-Malaysia-Philippines East Asia Growth Area)
9.Merancang, menyelaras dan menilai keperluan bantuan (teknikal dan kewangan) dua-hala dan pelbagai-hala;
10.Melaksanakan Program Bantuan Kerjasama Teknikal Malaysia di negeri Sabah;
11.Mewujudkan pangkalan data yang lengkap dan kemaskini