Koha powered by UPEN Library

PERPUSTAKAAN UNIT PERANCANG EKONOMI NEGERI (UPEN)

Perpustakaan ini dibuka sebagai pusat sumber maklumat utama bagi menampung keperluan staf UPEN yang terlibat secara langsung dalam melaksanakan dasar-dasar dan strategi-strategi pembangunan dan menterjemahkannya dalam bentuk perancangan program-program dan projek-projek pembangunan bagi membangunkan dan meningkatkan ekonomi Negeri Sabah.

PERKHIDMATAN

Pengguna boleh menghubungi staf perpustakaan untuk mendapatkan perkhidmatan berikut:

  • Pendaftaran Keahlian
  • Peminjaman Bahan
  • Pemulangan Bahan
  • KOLEKSI

    Terdapat beberapa jenis koleksi perpustakaan UPEN

  • Koleksi Umum – meliputi bahan yang boleh dipinjam termasuk laporan tahunan.
  • Koleksi Rujukan – meliputi bahan-bahan seperti kamus, bahan terbitan kerajaan/projek kerajaan.
  • Koleksi Terbitan Bersiri – merangkumi suratkhabar, majalah, bulletin dan lain-lain terbitan berkala.
  • PINJAMAN

    Terbuka kepada staf dan para pelatih yang membuat latihan praktikal di UPEN. Mereka perlu mendaftar sebagai ahli perpustakaan. Staf boleh meminjam:-

  • Monograf Umum : 4 naskhah = 2 minggu
  • Monograf Rujukan : 2 naskhah = 1 minggu
  • Bahan Terbitan Bersiri : 4 naskhah = 2 minggu
  • Koleksi VCD/CD : 1 judul = 1 minggu
  • FUNGSI UPEN

    1.Merangka dasar dan strategi untuk pembangunan sosio-ekonomi negeri;
    2.Menyediakan rancangan pembangunan jangka pendek, jangka sederhana dan jangka panjang;
    3.Merancang peruntukan belanjawan bagi semua program/projek pembangunan;
    4.Memantau dan menilai kemajuan serta pencapaian semua program dan projek pembangunan bagi memastikan program/projek mencapai matlamatnya;
    5.Menasihati Kerajaan Negeri mengenai isu-isu ekonomi dan pembangunan;
    6.Mengenalpasti dan menjalankan kajian dan penyelidikan ekonomi;
    7.Merancang dan menyelaras program penswastaan serta menilai pencapaiannya;
    8.Menyelaras penglibatan Sabah dalam Pembangunan Pertumbuhan Poligo BIMP-EAGA (Brunei-Indonesia-Malaysia-Philippines East Asia Growth Area)
    9.Merancang, menyelaras dan menilai keperluan bantuan (teknikal dan kewangan) dua-hala dan pelbagai-hala;
    10.Melaksanakan Program Bantuan Kerjasama Teknikal Malaysia di negeri Sabah;
    11.Mewujudkan pangkalan data yang lengkap dan kemaskini

    Log in to your account:

    VISI UPEN

    KE ARAH MENCAPAI SEBUAH NEGERI YANG MAKMUR DAN DINAMIK MELALUI PEMBANGUNAN YANG SEIMBANG DAN LESTARI.

    MISI UPEN

    BERTINDAK SEBAGAI AGENSI PUSAT YANG CEKAP DAN PROFESIONAL DALAM MERANCANG PEMBANGUNAN NEGERI DEMI KESEJAHTERAAN RAKYAT.

    Powered by Koha